Monday, February 9, 2009

. . Rasukan Gusti Puteri Retno Dumilah . .

‘ Ku hinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati.

Cinta mu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku

Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman’ 1


Secukup rasa. keindahan, kegembiraan, kelucuan, kebahagiaan, tawa sendu, tragis . Semua dalam satu!


Semalam aku berkesempatan untuk menonton Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3 (PGLM 3). Menurut cerita rakan-rakan yang sebelum ini pernah menyaksikan kehebatan epik lagenda ini, membuatkan aku menjadi sangat antusias dan tidak sabar untuk ke Istana Budaya.


Ternyata sekali, PGLM sememangnya tidak mengecewakan. Lakonan, kostum, rekaan pentas, penataan cahaya, tarian, muzik. .segalanya SPEKTAKULAR! Tatkala menonton teater yang berdurasi selama hampir 3 jam setengah ini, hadirin yang berada di dalam sidang dewan seolah-olah terpaku,terpana,terpukau dengan permainan cahaya dan ilusi yang ditampilkan. jikalau boleh, aku tidak akan benarkan diriku mengerdipkan mata walaupun sesaat. Takut terasa rugi. Ianya sebuah naskhah pengembaraan yang sungguh menakjubkan!


Gusti Puteri menghiburkan Sultan Mahmud


Lakonan Tiara, Stephen, Ida Mariana, Adlin dan AC adalah gred A.Terutama sekali AC sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat dan Ida Mariana yang membawa watak Bayan. You captured my attention Ida. Class! Konfrontasi Gusti Putri dan Sultan sangat meninggalkan kesan. Masih terbayang lagi, keris yang dihunuskan oleh Sultan Mahmud tepat diatas kepala Gusti Putri. Seolah-olah sumpah, tulah dan daulatnya ditujukan dan sampai kepada aku yang duduk betul-betul dihadapan pentas.* kannn.[ merasa silver chair seater ]. Kemampuan Stephen menyanyi dalam bahasa Melayu juga boleh dibanggakan.Dengan slanga yang hampir tiada sedikit pun bunyi ke “ Mat Salehhan”nya, sesetengah orang Malaysia seharusnya berasa malu dengan diri sendiri. [sherasi bershamaaa lagu tema]


bersama Bayan [pengasuh yang sangat setia]


Aku secara peribadinya, amat terpegun dengan rekaan 20 setnya yang berubah-ubah mengikut keperluan babak. Gigantik. Aksi kapal layar merentas gelombang samudera membawa seorang putri raja Majapahit yang sedang melarikan diri ke Melaka itu sangat memukaukan.Set untuk babak di istana juga begitu gah. Aku seolah-olah merelakan diri ini dibawa untuk berada di zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Babak Gusti Putri berlari dicelah-celah batuan semasa di kejar Hang Tuah lalu naik ke props puncak bukit yang disinari bulan mengambang adalah sangat indah dan romantis! Aku suka dan fenfeeling nak bercinta balik.

[ bayangkan babak hero dan heroin Hindustan berlari dari satu pokok getah ke pokok getah yang lain]


merentas samudera selat melaka

shot tangkap basah sangat kalau JAIS ada zaman dulu :p

aku fenfeeling masa ni la. hi hi


Koreografi tarian dan penari juga sangat menghiburkan, pantas dan cergas. Aku terpaku melihat liuk lintuk tarian Jawa yang ditarikan oleh Gusti Putri semasa membuat persembahan untuk menghiburkan Sultan Mahmud yang berkunjung ke Tanah Jawa. Memang ada roh dan jiwa! Percubaan Adlin Aman Ramlie untuk menari juga tidak boleh dipandang enteng. Adlin membuktikan bahawa semua orang boleh menari kalau berlatih. [Walaupun dipenghujung lagu, Adlin nampak hampir hilang stabilitinya. Sikit lagi mahu jatuh. Haha. Patik nampak ye Tuanku] Namun aku berpendapat, Adlin tidak perlu untuk nampak ‘sangat lembut’ semasa menari. Kau tu kan Sultan! Harus lah nampak tegap walaupun sedang menari.*pitammm


Penerapan unsur ilusi [bukan magis], juga sangat membantu menghidupkan lagi teater ini. Babak bunga terapung semasa jampi serapah yang di alunkan oleh Bayan dalam bahasa Jawa itu tidaklah kelihatan hebat sangat tapi meremanglah juga bulu roma. Tetapi untuk babak Gusti Putri hilang ketika berselindung di balik kain Bayan dan kemunculannya berubah dari seorang nenek kebayan kepada Gusti Putri memang memberi impak. Penonton begitu teruja dan bertepuk tangan seperti dapat melihat gajah angkat kedua-dua belah kaki di sirkis. Begitu juga babak nenek kebayan hilang dan muncul semasa menghalang rombongan meminang Hang Tuah di dalam hutan Gunung Ledang, api keluar dari keris Sultan dan jari jemari Bayan. Percikan api yang sangat berkilau itu adalah ilusinya.


sungguh cantik dan menarik tarian Jawa


Namun begitu, tak semua itu adalah sempurna. Ada juga sedikit kecacatan berlaku semalam. Bilamana, kain yang sepatutnya jatuh untuk menjadi air terjun itu tersangkut, tayangan terpaksa diberhentikan seketika. Ah sedikit sebanyak, mood terganggu.Tetapi selepas 5 minit, segalanya kembali seperti biasa. Tidak begitu menjejaskan bagi aku. Tidak tahulah orang lain. Selain daripada itu, aku rasa muziknya juga agak kuat sehinggakan tidak kedengaran bait-bait lirik yang dilontarkan oleh pemangku watak utama. Terutama sekali sessi pembukaan babak kedua [ Melaka Terbilang ]. Suara Stephen agak tenggelam.


Merasaaa . . kain tak jatuh-jatuh!


Wah.Panjangnya aku mengulas. Cukup-cukup la. Kang makan hati pula wartawan bertauliah. Tak apalah. Pengalaman ini aku rasa wajar dan aku rasa seronok untuk dikongsikan bersama pada mereka yang tidak dapat/tidak mahu/tidak pernah/tak cukup budget menontonnya. Buat si Etong yang pertama kali dalam sejarahnya menonton teater, merasaaa nak pegi tengok lagi selepas ini. Bestkan Tong! I’ve told you. Untuk mereka yang tidak pernah menonton, pergilah. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Seperti yang pernah aku cakap dulu, menonton teater sangat berlainan daripada menonton dipanggung wayang, mahupun TV 14 inci di rumah/apartment/kondo/rumah kerajaan JKR Seksyen 17/Vista Angkasa/Kajang dsb. terasa lebih dekat dengan diri anda.


Ada baiknya sekiranya masih ada kudrat untuk meneruskan perjuangan ini ditambah dengan beberapa lagi babak Antaranya yang aku rasa boleh jadi tambah menarik, persediaan hantaran yang telah dipinta oleh Gusti Puteri. Aku menjangkakan babak itu ada dalam persembahan semalam. Terfikir juga bagaimana team produksi hendak mencetuskan idea mencari 7 dulang hati hama dan hati nyamuk.hehehe


Apapun, jikalau sebeginilah produksi anak tempatan mampu zahirkan, aku rasa bangga! PGLM kali ini, untuk bayaran tiket yang berjumlah suku ribuan itu, aku puas dan rasa sangat berbaloi. Tahniah tahniah tahniah Datin Seri Tiara, Datuk Zahim Albakri,Adlin,Pat Ibrahim, Roslan Aziz, Raja Maliq and the team. Anda sememangnya Magis!


sesi sign autograph


p/s : kalau ada lagi next season, merasa aku nak pegi audition jadi part of the production team! Jadi nenek kebayan pun sanggup. Tak pun tukang tolak-tolak props [transformer]


1 Gusti Puteri Retno Dumilah


* all pic [except pic sign autograph] are taken from enfiniti.com.my



21 dxoulianz:

duta said...

+dxoul+
statement cercaan ala2 karpal singh sgt ni... murka beta menghina istana hinggap ku ini... jika langit akan bisa jatuh... aku sumpah bawahasanya kau... siap! aku sediakan segala bala tentera (sekali masuk rejim zionis) memecahkan sculpture tak terjaga di taman tasik shah alam itu... ku sumpah tasik itu menjadi tempat maksiat penduduk sekitar... hahahha...

best kan? part kain as air terjun jatuh tu, waktu i ok je... muzik pun entahlahh maybe sbb uols duduk depan sgt ala2 silver chair kan.... ermm apapun waktu weols si sultan tak menari... ermmm tgh mencari penaja 2 tiket ke panggung ini... huk...

Ayu Ikhwani said...

Sy distracted by your BM.. Kene bace 2-3 kali bagi paham.. bukan sbb sy tak paham BM awk ye.. tp sbb tak sangke awk leh tulis BM camni hehe.. kagum²!

dxoul lacruz said...

duta : ko meroyan apa malam-malam buta ni..kene rasuk nenek kebayan kah..hehehe! aah..kali ni Sultan menari..kelas ok! Adlin bley join sehati berdansa pas kawin nnt..

ayu : thankss.malu! saya sebenarnya nak jadi wartawan hiburan..hiks. larikkkkkkk.

nway Ayu, kalau awak ada masa..pegi la tgk PGLM..[kalu ada tiket la..rasanya dah habis la] tak rugi tau!

a z m i r said...

dxoul - hati-hati ya. duta punya emosi sekarang kurang stabil. persis Mas AF. kalau tidak percaya sila lihat entry di blog beliau.

duta - semoga cepat sembuh ya Mas! lariiiiiii

duta said...

+dxoul+
bukan meroyan ok... ni sume influence si MAS af yg kau selalu sebut2 itu. statement menghina lokasi port korang yakni kediaman aku itu menyebabkan aku membuat pertuduhan serta penyumpahan! ok... kau memang SEKAM.

a z m i r said...

duta - SEKAM katanya..

thisisnije said...

sejak bila PGL dah kuar buku? (lariikkkkk)

(kasut baru)

duta said...

+ semua +

' Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. '

ala2 pegi menunaikan haji ... ermm

+dik nije+
BUKU? ermmm

+ azmir +
apa yg u kutuk dalam comment budu pasal kain jatuh jadi air terjun tuh ? tak baik uols...

yurn said...

best kan hehe.. hang tuah tu pelat lagi ke bila bercakap..?

dxoul lacruz said...

duta : i tak menghina istana hinggap u tu. i kata lagi best menonton je. baca balik ye . . hi hi. jangan la ko meroyan sakan . . khamis ni kiter release tension semua main squash! merasaaaaaaa

azmir aka kasha : haaa ok! aku tau pasal emosi tak stabil dia . . kita buat-buat tak tau je la ek. . . shhhh, bed kat wad psikiatri HKL tu masih banyak kosong lagi . . ko ready je panggilan pulau en duta tu nanti . . kalau perlu and kronik sangat , kita admit dia la

dxoul lacruz said...

nije : buku la . . buku cenderahati! merasa aku bawak nanti . . sebagai bukti! bukan sebarang quote tau . . * matila buat thesis

yurn : best bangat! aku teruja. hang tuah kali ini cakap ok la . . cuma cepat sangat dia cakap . . but still bley paham.

Anonymous said...

hey..
i think we've seen the same show... sunday 3pm rite.
Yeapp... part air terjun tak turun2 tu.. anyhow mmg superb! 3 mins technical problem tp tetap best...

dxoul lacruz said...

anom : ye ah! sama la tu..kain sangkut2 . . u kat mana? tak nampak pun! [ kannn..macam la kenal ] neway, thanks sudi singgah blog kawe.

nije+kasha+duta

star tak?

anese said...

bestnya kalau leh pergi..tapi sapa la mau baby sit anak aku memalam..baca kau nye olahan pun ok la..aku dapat bygkan 20% kehebatannya..eh tak sia2 cikgu bm kau ajar bm ye dulu..sapa cikgu kelas kau ekk??

a z m i r said...

dxoul - star!

dxoul lacruz said...

anese : alorrr..MIL n FIL ko kan ade. sekali sekala mengimbas memori tengok teater.bkn ko kenal abg jed pas tengok teater Belum Selesai kat USM ke ? opsss! hehehe

lower form : cikgu Umi Kalsom

upper form : cikgu Roslaini Hashim

Anonymous said...

your comment amazed me! u budak sastera ke ?

yurn said...

::dzul.. aku pun macam terdengar-dengar anis start 'scandal' ngan 'abg USM' pas tengok teater 'Belum Selesai' tu kan.. jangan mare anis :P kekeke..::

::rindu kat c. roslaini.. bukankah aku yang slalu scorer bab karangan iteww muehehehe (riak takabur jap)..::

J H Hidayat said...

Salam...

dxoul + Anese = hebatnye memori Dr. D nih.. kan anese... aku nak kredit gak pasal perkenalan anese ngan abg jed..sehingga ke jinjang pelamin hahhahaha

Ryat <-- tiba2 teringat teater belum selesai + rindu sangat nak BERLAKON TEATER balik... ala2 boleh duduk sama rendah ngan DUTA yang dah jadi selebriti skang nih...

dxoul lacruz said...

anom 2 : haaa...budak sastera? er a ah..i budak sastera dulu [muka fake] huhuhu..takde la! biasa je..ramai lagi kawan2 i bley mengarang dengan baik. neway thanks for the compliment* matilaaa peminatt.

yurn : huhuhu...kannn! takleh nak cover anese oi...like evryone knows bout it..hihiii

ye ke? aku pun score gak. but ikut topik la.. hahaha

ryat : kannnn...nak kredit jugak katanya! ok ok amikla, kredit ko! pas ni pakai line tau..huhu

harus herry! jom join teater

arep said...

ayoo bergossip gurl kat sini kaaa..

btw.. dah 3 kali attempt nak jumpa korang tak jadi2 lagi... sedey..

bz katanya..